Pages

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 5


Orang-orang Dogon mendakwa bahawa mereka telah diberikan pengetahuan astronomi yang maju oleh “Bintang Tuhan” (Star God). Penyelidik yang menyiasat suku kaum ini dari tahun 1931-1956 melaporkan bahawa orang-orang Dogon percaya bahawa bintang paling terang di langit iaitu Sirius, ditemani dua bintang lain iaitu : pō tolo (bintang Digitaria), dan ęmmę ya Tolo, (bintang perempuan Sorgum).

Mereka mendakwa orang-orang Dogon tahu tentang cincin Zuhal, dan bulan-bulan Musytari. Orang-Orang Dogon mempunyai empat kalendar iaitu kalendar matahari, bulan, Sirius dan Zurah (Venus).

Bintang kedua dalam orbit Sirius-A, yang dipanggil Sirius-B, hanya ditemukan berdasarkan pengiraan matematik yang dilaksanakan oleh Friedrich Bessel di Eropah pada tahun 1844. Sementara kewujudan bintang kerdil ketiga di sekitar Sirius (Sirius-C), seperti bintang yang diterangkan dalam akaun orang-orang Dogon, hanya ditemukan pada tahun 1995, selepas kajian graviti yang kompleks dilaksanakan. Bagaimana ini boleh berlaku… orang Dogon yang primitif telah lama tahu hal ini?

Menurut cerita turun temurun yang disampaikan secara lisan, makhluk asing dari sistem Sirius dikenali sebagai Nommos telah melawat bumi ribuan tahun yang lalu. Bangsa Nommos adalah bangsa yang hodoh, menyerupai makhluk amfibia seperti ikan. Makhluk asing Nommos ini juga dipercayai telah muncul di peradaban lain seperti Babylonia, Akkadian, dan Sumeria. Dewi Mesir Isis, juga kadang-kadang digambarkan sebagai duyung, juga dikaitkan dengan bintang Sirius.

Menurut orang-orang Dogon, makhluk asing Nommos, hidup di sebuah planet yang mengorbit bintang lain dalam sistem Sirius. Mereka mendarat di Bumi dalam sebuah “bahtera” yang berputar dengan pantas ke tanah dengan bunyi bising dan kuat diiringi oleh angin.

Ini adalah makhluk asing Nommos yang memberi orang-orang Dogon pengetahuan tentang bintang Sirius, Sirius B dan C, sebelum ditemukan oleh para astronomer moden.

Kedua-dua ahli antropologi yang mengkaji tamadun Dogon selama dua dekad, Marcel Griaule dan Germaine Dieterlen, keliru dengan sistem bintang Sudan ini. Kesimpulan kajian mereka di akhiri dengan kata-kata berikut : “The problem of knowing how, with no instruments at their disposal, men could know the movements and certain characteristics of virtually invisible stars has not been settled, nor even posed”. Lebih kurang bermaksud “Masalah bagaimana, tanpa mempunyai peralatan, orang-orang ini mengetahui pergerakan dan ciri-ciri tertentu bintang yang tidak kelihatan dan juga tidak pernah ditemui sebelum ini”.

Robert KG Temple juga mengambil keterangan-keterangan, dan perbandingan sistem kepercayaan antara tamadun purba seperti Mesir purba dan Sumeria. Dalam buku karyanya beliau ini telah menarik perhatian dan dikaji selanjutnya oleh ahli-ahli antropologi budaya (cultural anthropologists) Marcel Griaule dan Germaine Dieterlen.

Carl Sagan dan Shklovski pada 1966 dalam bukunya Intelligent Life in the Universe. Astrophysicists menumpukan kepada hujah-hujah bahawa ahli-ahli sains dan ahli sejarah harus secara serius mempertimbangkan kemungkinan bahawa berlaku hubungan ruang angkasa (extraterrestrial contact) dalam catatan sejarah. Walau bagaimanapun, Shklovski dan Sagan menegaskan bahawa idea ini adalah spekulatif dan belum dibuktikan.

Shklovski dan Sagan memetik cerita-cerita dongeng orang Oannes, terhadap wujudnya manusia ikan (fishlike being) yang menyumbangkan pengetahuan dalam bidang pertanian, pengajaran matematik, dan seni untuk penduduk awal Sumeria awal.

Dari keterangan Marcel Griaule dan Germaine Dieterlen serta Carl Sagan dan Shklovski, terdapat persamaan berkenaan makhluk asing yang mendatangi kaum Dogon, Oannes, Babylon dan Sumeria iaitu makhluk asing berkenaan berbentuk seperti ikan atau amfibia. Adakah kaum-kaum ini didatangi oleh makhluk asing yang sama?

Kesemua pendapat para pengkaji di atas adalah berdasarkan kepada cerita lisan yang diturunkan dari generasi ke generasi, dan dibuat perbandingan dengan catatan-catatan purba.

Berikut adalah rekod-rekod yang ditemukan di dalam manuskrip dan kitab-kitab agama purba yang menceritakan peristiwa-peristiwa penting yang berlaku semasa pehubungan (contact) ini bermula.

Di dalam mitologi agama Hindu, Rama yang dialu-alukan kembali ke Ayodhya dalam “kereta terbang” (vimanas); beberapa ahli-ahli teori angkasawan purba (ancient astronauts) mendakwa sebagai bukti bahawa mesin terbang telah wujud sejak di zaman purbakala purba.

Tuhan-tuhan dan perjalanan avatar mereka dari satu tempat ke tempat di dalam kenderaan terbang (pelbagai dipanggil “kereta-kereta kuda terbang”, “kereta terbang” atau Vimanas).

Terdapat banyak petikan yang menyebut berkenaan mesin terbang dalam Ramayana, yang bertarikh abad ke-5 atau ke-4 sebelum Masehi. Berikut adalah satu contoh:

From Book 6, Canto CXXIII: The Magic Car:[29]

Is not the wondrous chariot mine,

Named Pushpak, wrought by hands divine.

…

This chariot, kept with utmost care,

Will waft thee through the fields of air,

And thou shalt light unwearied down

In fair Ayodhyá’s royal town.

From Book 6, Canto CXXIV: The Departure:

Swift through the air, as Ráma chose,

The wondrous car from earth arose.

And decked with swans and silver wings

Bore through the clouds its freight of kings.

Adalah dinasihatkan teks sebegini dibaca sebagai sebahagian dari bahan rujukan dan kajian sahaja. Umat Islam adalah amat-amat dilarang mempercayai sesuatu secara melulu tanpa usul periksa dan kajian mendalam.

Book of Genesis and Book of Enoch

Dalam The Book of Genesis, chapter 6 verses 1–4, states:

When human beings began to increase in number on the earth and daughters were born to them, the sons of God saw that the daughters of humans were beautiful, and they married any of them they chose.

The Nephilim were on the earth in those days—and also afterward—when the sons of God went to the daughters of humans and had children by them.

— Genesis 6:1–4 (New International Version)

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...