Pages

Showing posts with label Bulan. Show all posts
Showing posts with label Bulan. Show all posts

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 13

 Part 13 of 13



Di dalam Part 13 (Bahagian Akhir) ini, apa yang saya cuba lakukan ialah membuat perkaitan sebahagian maklumat2 yang telah lama saya simpan tapi bimbang untuk berkongsi. Ianya sukar disampaikan tanpa bercerita dahulu tentang hal2 yang terdapat di dalam Part 1 hingga Part 12. Saya tidak pasti apakah bentuk respon yang bakal diterima. Namun, setelah membuat moderasi yang terperinci, saya rasa sedap hati untuk menggunakan ruangan FB ini untuk membuat “test run”.

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 12

 Part 12 of 13



Bermula daripada Part 1 hingga Part 11, rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan saya telah menghujani anda dengan maklumat2 yang luar biasa, aneh dan amat jarang diambil serius. Malah bagi kebanyakan orang terutamanya yang skeptik pasti merasakan hal2 sebegini adalah gila atau mengarut semata2 dan setaraf dengan kisah2 dongeng dan mitos. Bagi anda yang masih sanggup untuk meluangkan masa dan sudi memberi ruang untuk berfikir tentang perkara2 ini…. marilah kita menyambung sedikit lagi.

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 11

 Part 11 of 13



Di dalam Part 10, saya ada menceritakan yang keturunan Apolloc sebelum Helion telah bersepakat untuk berhenti dan tidak lagi menjadi raja mentadbir Al-Bashar. Ini kerana mereka telah tahu yang masa umat Al-Bashar akan berakhir dalam waktu yang terdekat. Mereka juga tahu yang mereka akan diganti dengan kita Al-Insaan yang dilantik menjadi khalifah selepas mereka. Untuk itu, mereka telah berhijrah beramai-ramai ke Bulan Kedua.

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 10

 Part 10 of 13



Maklumat seterusnya yang ingin dikongsikan ialah penipuan NASA tentang 3753 Cruithne. Haaaa… apa benda 3753 Cruithne tu? Boleh makan ke? Macam nama kuih jer….

Untuk makluman, 3753 Cruithne adalah Bulan kita yang kedua. Apa? Kita ada Bulan kedua pulak? Ya… sebenarnya Bumi memang mempunyai dua Bulan. Seperti biasa, hal2 sebegini sudah tentu dinafikan dengan sekeras2 nya oleh NASA.

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 9

 Part 9 of 13



Anda telah pun tahu sebab musabab tentang pembohongan NASA tentang “Projek Bulan” mereka dan lain2 maklumat yang bersangkut-paut dengannya. Sekarang mari kita cuba fahami pula, kenapa tak cukup dengan Bulan, NASA kononnya sibuk nak mengkaji planet2 lain di dalam Sistem Suria kita. Berbillion2 malah bertrillion2 US Dollar jugak la dihabiskan untuk penerokaan angkasa jauh ini sampai berjuta2 rakyat Bumi yang mati kebuluran tidak dipedulikan. Cubalah kita pikirkan… pergi teroka angkasa kah… atau bagi makan orang yang lapar lebih penting dan lebih utama?

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 8

 Part 8 of 13



Sori… side-track sikit daripada citer NASA, Bulan, Appoloc, Atalan dan Lamarakh….

Untuk Part 8 ini, kita akan cuba mengenali salah satu bangsa yang dikatakan sebagai saki baki Al-Bashar yang terselamat selepas perang besar tamat. Bangsa ini dikenali dengan nama Bangsa Kerinchi. Nama ini sebenarnya bukanlah nama yang asing bagi kita yang tinggal di Malaysia, Indonesia dan kawasan2 lain di Nusantara ini.

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 7

 Part 7 of 13



Menyambung tentang Persoalan (a) daripada Part 6….

NASA tidak pernah mendaratkan sesiapa pun di Bulan. Seperti yang diceritakan sebelum ini, setiap kali mereka menghantar orang ke Bulan, studio khas ala hollywood mereka akan memancarkan “video dan audio feed” kepada angkasawan yang kemudiannya menghantar semula data palsu ini ke Bumi. Data palsu ini dihantar sebagai gula2 kepada “Ground Control Centre” mereka yang langsung tidak tahu menahu tentang penipuan yang dijalankan. Ini kemudiannya dijadikan santapan rakyat2 biasa di Bumi dalam bentuk journal2 dan buku2 teks mengarut NASA.

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 6

 Part 6 of 13



Sebelum ini telah di terangkan pada zaman Al-Bashar, jenis teknologi seperti berikut telah dipelopori:

i. Atalan: Teknologi Sains dan Ilmu Dunia Fizikal – Berlandaskan ilmu epistemologi, kajian kimia, ilmu metematik, kaji bahan, ilmu fizik, ilmu logika, ilmu bahasa dan lain-lain yang sealiran dengannya; dan

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 5

 Part 5 of 13


Sedikit peringatan sebelum membaca Part 5 ini. Kisah yang diceritakan di sini akan menjadi semakin pelik dan mungkin berbau fantasi. Jika anda tidak sanggup mendengarnya… eloklah ditamatkan pembacaan anda di sini.

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 4

 Part 4 of 13


Pada posting yang agak lama dahulu di dalam album NWO ini, ada diusulkan bahawa sebelum manusia (Al-Insaan) duduk di Bumi dan dilantik Allah menjadi khalifah terdapat beberapa kumpulan makhluk-makhluk lain yang terdahulu menjadi penghuni Bumi seperti berikut:

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 3

 Part 3 of 13


Dalam Part 1 dan Part 2… kita dah kenal sedikit sebanyak siapa NASA dan tau beberapa perkara tentang keadaan fizikal Bulan. Sekarang mari kita teliti cerita sebenar NASA membabitkan Projek Bulan (Moon Project). Photo yang saya sediakan ini rasanya cukup untuk memberikan maklumat2 yang NASA telah umumkan dan diperlukan bagi penerangan di dalam Part 3 ini.Kita ambil contoh Misi Apollo 11 di mana pada misi inilah dikatakan Neil Armstrong dan Edwin E. Aldrin telah menjadi manusia pertama dan manusia kedua menjejakkan kaki di Bulan. Berikut ialah apa yang sebenarnya telah berlaku:

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 2

 Part 2 of 13


Untuk memulakan Part 2 ini, sila rujuk photo yang disertakan. Diharapkan photo ini sedikit sebanyak boleh memberikan maklumat2 segera (macam mi segera la) tentang beberapa perkara… (i) Bulan dan perbandingannya dengan Bumi; (ii) Jumlah Bulan bagi tiap-tiap planet yang ada dalam sistem suria; (iii) Saiz dan Kedudukan Bulan yang menepati Teori Phytogoras dan Nisbah Emas seperti yang telah ditetapkan Allah. Sedikit maklumat tambahan… Jarak Bulan dpd Bumi ialah lebih kurang 400,000 km. Bulan pulak nampak seolah2 tidak berpusing di mana kita hanya dapat melihat muka Bulan yang sama jer dpd Bumi. Sebenarnya bulan berpusing jugak sekali sewaktu beredar mengelilingi Bumi.

PEMBOHONGAN BERKAITAN BULAN 1

 Part 1 of 13



Rasanya sudah sampai masanya album NWO menerangkan pembohongan tentang perkara-perkara yang jauh lebih besar berbanding dengan apa yang telah dipaparkan di dalam posting2 yang lepas. Sebelum itu, sedikit AMARAN… kalau anda mula rasa lain macam semasa membaca posting ini, baiklah dihentikan sahaja pembacaan anda. Apa yang bakal anda baca adalah sesuatu yang amat2 sukar dipercayai… silap2 anda boleh rasa nak meludah muka saya selepas membaca posting ini.

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...