David Childress “This was the original Chariots of the Gods that Erich von Daniken talked about– the flying magic carpets of the Arabian Nights stories. There are traditions in the Middle East of King Solomon having this airship and flying to different places in the Middle East, certain mountains which are known as the Mountains of Solomon”.
The Kebra Nagast juga merujuk kepada suatu peristiwa bagaimana Raja Sulaiman menggunakan mesin terbangnya untuk melukiskan peta dunia.
Menurut Hancock “Some of these maps show the world not as it looks today, but as it looked during the last ice age. And this is really hard to explain. Everybody’s heard of the Piri Reis map, but they’ve perhaps not heard of the Orontius Finnaeus map or the Mercator maps that show Antarctica in great detail hundreds of years before Antarctica was even discovered”.
Kisah Batu Dropa bermula pada tahun 1938, di kawasan pergunungan Baian-Kara-Ula di Perbatasan China dan Tibet. Chi Pu Tei seorang profesor arkeologi di University Beijing telah memimpin satu ekspedisi arkeologi ke kawasan pegunungan yang sukar untuk dimasuki oleh manusia. Ekspedisi dilakukan berdasarkan kepada laporan-laporan yang menyatakan terdapat satu bangsa primitif yang menduduki gua-gua di sekitar kawasan pergunungan berkenaan.
Apabila pasukan ekspidisi menemukan gua-gua berkenaan, mereka mendapati di dinding gua-gua berkenaan terdapat piktogram-piktogram yang mengambarkan matahari, bintang-bintang dan bumi yang di hubungkan dengan garis titik-titik yang halus.
Apabila kerja-kerja arkeologi dijalankan di dalam gua berkenaan, pasukan arkelogi telah menemui batu-batu berbentuk bulat seperti disk berukuran sekitar Sembilan inci diameter dan tiga suku inci tebal. Tepat di bahagian tengah adalah bulatan sempurna tiga per empat inci besarnya (berbentuk seperti CD atau DVD pada hari ini). Di muka depan disk terdapat lakaran-lakaran yang sangat halus, yang dilakar dari bahagian tengah disk hingga ke bahagian muka disk sebelah luar.
Kaedah menulis ini sama seperti kaedah merekodkan maklumat ke dalam Piring Hitam CD atau DVD pada hari ini (phonograph). Percaya atau tidak kaedah ini telah dilakukan kira-kira 10,000 dan 12,000 tahun dahulu. Sebanyak 716 buah disk telah ditemukan di sekitar kawasan berkenaan. Apabila diperiksa dengan teliti, lakaran-lakaran berkenaan sebenarnya adalah hieroglyphics atau tulisan purba.
Pada tahun 1862, Dr. Tsum Um Nui, telah cuba untuk memecahkan kod-kod hieroglyphics berkenaan dan berjaya. Tulisan tersebut memberi maklumat bahawa batu-batu itu ditulis oleh orang-orang yang menyebut diri mereka sebagai bangsa DROPA.
Setelah berjaya menterjemahkan tulisan-tulisan berkenaan, Dr. Tsum Um Nui telah menghantar hasil penemuan beliau kepada pihak universiti untuk diterbitkan. Namun beliau telah dihalang dari menerbitkan mahupun membicarakan tentang penemuannya kertas kajian kepada pihak umum oleh Akademi Prasejarah. Mengapa?
Dunia akademik nampaknya telah memutuskan, tidak ada siapa yang harus tahu tentang kisah makhluk-makhluk asing Dropa ini dan perjalanan jauh mereka ke bumi.
1. Pihak Wikipedia telah menarik keluar maklumat berkenaan The DROPA Stones dari internet sejak tahun 2009 tanpa sebarang alasan.
2. Hanya terdapat 2 keping gambar sebenar DROPA Stones dalam internet. Gambar-gambar yang lain adalah terdiri dari The Phaistos Disk, The Lolladoff Plate atau benda berbentuk bulat dilabel sebagai DROPA Stone (supaya ia dianggap sebagai Hoax).
Ramai pengemar UFO mengaitkan DROPA Stone dengan kejadian STS-75 The Tether Incident. Setelah mengetahui hal ini, apa pandangan anda?
