Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.
Tanpa peralatan seperti ini manusia mengalami kesukaran untuk membina dan menyiapkan bangunan-bangunan yang besar, moden dan tinggi. Namun begitu, beribu-ribu tahun yang lalu, tamadun purba juga telah menggunakan peralatan-peralatan yang mereka ada bagi membina tugu-tugu dan kuil-kuil mereka menggunakan batu-batu besar.
Blok-blok batu besar, kebanyakan beratnya melebihi 100 tan juga menjadi satu cabaran walaupun untuk jurutera hari ini. Namun begitu, beribu-ribu tahun yang lalu, orang-orang zaman dahulu telah telah memotong keluar batu pepejal, diangkut dan kemudian mengangkat batu-batu besar ini tepat ke tempatnya. Bagaimana mereka memotong blok-blok ini besar dan berat ini, adakah menggunakan tukul, pahat? Atau adakah tamadun purba mempunyai teknologi canggih yang kini telah hilang?
Para pengkaji zaman purba tidak ragu-ragu menyatakan bahawa kebanyakan monumen-monumen besar adalah dibina oleh manusia zaman dahulu dan bukannya makhluk asing. Namun begitu mereka menegaskan walaupun dibina oleh manusia bangunan-bangunan ini dibina menggunakan teknologi dan kepintaran makhluk asing. Menurut Christoper Dunn seorang pakar kejuruteraan, piramid agung sahaja memerlukan lebih dua juta setengah blok batu besar yang di potong dengan teliti. Berdasarkan kepada permerhatian beliau, setiap blok batu yang beliau kaji mempunyai tanda-tanda mesin.
Christoper Dunn percaya bahawa batu-batu besar ini telah dipotong menggunakan satu gergaji gergasi yang sangat besar setinggi hingga 35 kaki tingginya. Para pengkaji juga mendapati The Tample of Jupiter di Baalbek, Lubnan di bina menggunakan blok batu yang beratnya sehingga 1000 tan atau 2 juta paund. Di satu kuari berhampiran dengan kuil Jupiter ini terdapat “Stone of the Pregnant Woman” berbentuk empat persegi, yang telah siap dipotong seberat 1200 tan. Untuk memindahkan batu ini manusia zaman moden memerlukan kekuatan 21 buah kren pengangkut yang besar.
Roger Hopkins berpengalaman memindah blok batuan yang besar di Mesir satu masa dahulu. Menurut beliau “I’ve done pulling operations in Upper Egypt. Thousands of people involved in the various stages of the project, moving very fragile pieces of stone that weigh hundreds, if not thousands, of tons. Yes, you can use ropes, but you’re going to have to use other mechanical advantages”.
Tetapi jika tamadun purba ini tidak mempunyai peralatan mekanikal moden, bagaimana mereka memindah dan mengangkat batu-batu besar ini? Ada yang percaya mereka telah diberikan kelebihan teknikal dari makhluk asing seperti mesin pemotong laser dan alat anti graviti . Bagaimana pun pandangan ini tidak popular dan tidak diterima ramai.
Roger Hopkins seorang pakar pengukir dan tukang batu zaman moden berpendapat ketepatan pada beberapa kerja yang di lihat di kuil-kuil purba ini sangat luar biasa. Ia boleh dilakukan dengan tangan, tetapi ia akan mengambil jumlah masa yang sangat lama.
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “There exists one very concise description of how these massive stones were transported from the quarry to the building site. The master builders had the capability of putting some type of a white substance, paper-like substance onto the stones and they rode on it, and then they basically gave the stone block a push, and it moved by six feet as if by magic. Now, did that thing really move by magic? No, some technology was used”.
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “In my opinion, the most tangible pieces of evidence that we have regarding possible extraterrestrial technology is when we look at the ancient stone-cutting techniques. Because in some instances, we ourselves today could not replicate what our ancestors allegedly accomplished with stonemasonry”.
Puma Punku adalah kompleks kuil besar yang terletak di dataran tinggi yang tinggi di Bolivia. Arkeologi berpendapat Puma Punku dibina kira-kira 200 Sebelum Masehi. Orang-orang yang tinggal di sini tidak mempunyai bahasa bertulis mahupun teknologi roda namun entah bagaimana mereka mampu membina satu struktur yang paling kompleks di dunia. Ahli-ahli teori makhluk asing melihat Puma Punku sebagai bukti yang jelas pengaruh makhluk asing kepada penduduk bumi.
Menurut Giorgio A.Tsoukalos “The ruins we find at Puma Punku are simply extraordinary. Puma Punku defies logic”.
Keunikan bukan terletak kepada bagaimana batu-batu besar ini disusun. Keunikan Puma Punku adalah rekabentuk batu-batu besar yang memerlukan konsep matematik yang jauh kehadapan dari apa yang ada pada manusia zaman moden hari ini. Namun apa yang pasti seseorang telah membinanya pada masa lalu, untuk tujuan yang tertentu, yang mana teknologi komputer hari ini pun tidak berapa mampu untuk melakukannya.
Di Puma Punku ini terdapat beberapa blok batu besar, beratnya sehingga 50 tan yang dipotong dan diukir dengan cantik dan sangat tepat. Orang-orang dikawasan ini mempunyai kebolehan untuk memotong dan mengukir batu yang boleh dikatakan mustahil untuk dimiliki oleh satu kaum 5000 tahun dahulu, Bahkan ianya seakan mustahil untuk dilakukan oleh manusia zaman moden ini walaupun mempunyai peralatan yang lengkap. Oleh itu adakah benar terdapat makhluk asing yang memberi mereka teknologi berkenaan?
Begitu juga di Machu Picchu yang terletak di kawasan pergunungan Andes di Peru. Machu Picchu dibina oleh Kaum Inca pada abad ke 15 dan ditinggalkan 100 tahun kemudian. Penduduk kawasan ini juga mempunyai kemahiran yang tinggi berkenaan dengan ukiran batu (stone craving).
Terdapat beberapa pengkaji purba berpendapat bahawa batu-batu berkenaan sebenarnya telah dileburkan terlebih dahulu, sebelum dituangkan kedalam acuan-acuan berbentuk tertentu. Walaupun teori ini boleh diterima pakai, untuk meleburkan batu-batu keras ini, manusia memerlukan api atau haba yang panasnya melebihi 3000 darjah celcius. Persoalan yang muncul adakah mereka mampu untuk menyediakan api yang sedemikian panas? Jika mereka mampu, dari mana teknologi tersebut mereka perolehi?
Bukti-bukti tinggalan diatas hanya menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan. Para pengkaji barat masih lagi mengkaji kemungkinan-kemungkinan yang ada. Namun teori yang menyatakan bahawa terdapat bangsa di kalangan makhluk asing yang membantu memperkembangkan peradaban manusia di bumi masih benar-benar belum dibuktikan sepenuhnya.
Kegemilangan tamadun sesuatu bangsa itu dilihat melalui pencapaian-pencapaian dan kejayaan mereka dari sudut kebudayaan dan ilmu pengetahuan. Kekayaan, kemewahan dan kekuasaan suatu bangsa atau kaum ini tidak akan hadir tanpa melalui pekembangan ilmu pengetahuan sains dan teknolog. Sedangkan terdapat bukti-bukti konkrit dari tinggalan-tinggalan arkeologi bahawa bangsa-bangsa ini sangat maju dalam ilmu sains dan teknologi.
Terdapat banyak bukti yang menunjukkan kaum-kaum ini sangat maju satu masa dahulu. Adalah dipercayai bahawa kaum-kaum ini juga telah menguasai ilmu ekonomi, linguistik, astronomi dan juga sains penerbangan.
Bagaimana mereka menguasai ilmu-ilmu ini masih menjadi tanda tanya. Teori yang paling hampir adalah mereka memperolehinya dari bangsa dari luar dunia ini. Mungkinkah bangsa Jin atau makhluk asing?
Cuba lihat kemajuan yang ada pada manusia pada hari ini. Adakah kemajuan, kemewahan dan kekayaan manusia pada hari ini berkembang tanpa ilmu, sains dan teknologi?
Kesimpulannya ramai penyokong dan pengkaji teori ini yakin bahawa manusia zaman purba (manusia zaman dahulu) memperolehi ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains teknologi, matematik, astronomi, linguistik dan sebagainya dari makhluk asing. Ini kerana menurut mereka kebanyakan tinggalan-tinggalan zaman purba yang dapat dilihat pada hari ini memerlukan teknologi yang moden untuk membinanya.
Sebagai contoh, Garisan Nazca memerlukan sesuatu yang boleh terbang di udara untuk membinanya. Begitu juga monumen-monumen purba seperti kompleks piramid Khufu, Khafre, Menkaure’s, Sphinx, Tomb of Queen Khentkaues I, Quetzalcóatl Piramid, Temple of Khons, Temple of Baalbek, Stonehenge, Puma Punku, Ziggurat, The Moai of Easter Island, Machu Picchu, Teotihuacán, Serapeum, Hanging Gardens of Babylon, Mesoamerican piramid dan banyak lagi yang hanya (sepatutnya) boleh dibina menggunakan matematik, sains teknologi dan kejuruteraan moden yang ada pada hari ini.
Bagaimana pula dengan ilmu astronomi yang dimiliki oleh kaum Dogon yang terlalu maju berbanding dengan zaman mereka? Bagaimana pula bangsa DROPA yang mengatakan mereka berasal dari planet yang jauh dari bumi?
Artikel ini hanya menterjemahkan sahaja penulisan dan pendapat mereka kedalam bahasa melayu dari artikel asal yang ditulis dalam bahasa Inggeris.
Segala petikan diatas adalah diambil sepenuhnya daripada artikel-artikel yang dikemukakan oleh para pengkaji fenomena makhluk asing dari barat yang bukan beragama Islam. Bukti fizikal yang dikemukakan adalah benar, cuma kemungkinan tafsiran dan penerangan yang diberikan adalah berdasarkan kepada pendedahan para pengkaji berkenaan terhadap cara hidup mereka, sosiobudaya dan agama mereka.
SOALAN CEPUMAS : Adakah dikatakan mustahil bahawa beribu-ribu tahun dahulu terdapat makhluk selain manusia di bumi?
Jawapannya …..TIDAK MUSTAHIL.
Firman Allah Surah Al-Baqarah Ayat 1 Hingga 2:
Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
Firman Allah Surah Yunus Ayat 1:
Alif, Laam Raa’ ini ialah ayat-ayat Kitab (Al-Quran) yang mengandungi hikmat-hikmat dan kebenaran yang tetap teguh.
Firman Allah Surah Hud Ayat 1:
Alif, Laam, Raa’. Al-Quran sebuah Kitab yang tersusun ayat-ayatnya dengan tetap teguh, kemudian dijelaskan pula kandungannya satu persatu. (Susunan dan penjelasan itu) adalah dari sisi Allah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Firman Allah Surah Yusuf Ayat 1 hingga Ayat 2:
Alif, Laam, Raa’. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Firman Allah Surah An-Nur Ayat 35:
Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah (Kitab Suci Al-Quran) adalah sebagai sebuah “misykaat” yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam geluk kaca (qandil), geluk kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu – dengan sendirinya – memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda); cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturanNya) kepada nur hidayahNya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Firman Allah Surah Az-Zukhruf Ayat 8:
Lalu Kami binasakan orang-orang yang lebih kekuatannya (dan lebih kejam serangannya) daripada mereka; dan telahpun disebutkan (berulang-ulang di dalam Al-Quran) tentang kisah-kisah dan misal perbandingan mengenai umat-umat yang telah lalu.
Firman Allah Surah Az-Zumar Ayat 25 hingga 28: (Ingatlah! Bahawa) orang-orang yang terdahulu dari mereka telah mendustakan (Rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka), lalu orang-orang itu didatangi azab dari arah yang mereka tidak menyedarinya. Maka Allah merasakan mereka kehinaan dalam kehidupan dunia (dengan berbagai bala bencana), dan sesungguhnya azab seksa hari akhirat (yang disediakan untuk mereka) lebih besar lagi. Kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini, tentulah mereka tidak mendustakan Rasul). Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
Jika para pembaca terus mengikuti artikel-artikel yang telah dikemukakan terdahulu di FB saya, para pembaca akan mendapati bahawa Al Quran ada bercerita tentang perkara ini, melalui banyak sudut yang berbeza. Maha Suci Allah, percayalah keterangan itu ada didalam Al Quran. Ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji. Insya Allah.
Firman Allah surah Al-Jinn ayat 1
Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan.

