Pages

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 9


Sebagai contoh penemuan artifak purba seperti Burung Saqqara (The Saqqara Bird) di Mesir dan, yang didakwa sama seperti kapal terbang dan glider zaman moden.

Burung Saqqara ialah artifak berbentuk burung yang diperbuat daripada kayu Sycamore, yang ditemui semasa penggalian kubur Pa-di-Imen di Saqqara, Mesir pada tahun 1898. Artifak berbentuk burung ini telah dikenal pasti bertarikh kira-kira 200 SM, ditemukan didalam sebuah piramid yang dibina pada zaman Raja Djoser.

Turut sama ditemui dengan artifak ini ialah satu papyrus yang mengandungi inskripsi “Saya mahu terbang”. Artifak burung Saqqara kini ditempatkan di Muzium Antikuiti Mesir di Kaherah mempunyai lebar sayap 180 mm (7.1 inci) dan berat 39.12 gram (1,380 oz).

Artifak burung Saqqara berbentuk seperti seekor burung, mempunyai mata dan paruh, tetapi tidak pada sayap dan ekornya. Menurut Dr. Algund Eenboom, sayapnya kelihatan tebal dan semakin nipis berhampiran hujung. Badan artifak burung ini juga menirus kebahagian belakang, menjadikan reka bentuk burung ini sangat aerodinamik. Ekor burung saqqara in agak pelik, kerana tidak seperti ekor kebanyakan burung.

Menurut pandangan Dr. Uwe Apel, burung tidak memerlukan kemudi kerana bentuknya yang aerodinamik. Oleh itu Burung Saqqara bukanlah artifak yang mengambarkan seekor burung tetapi sebuah mesin terbang, atau pesawat udara.

Pada tahun 2006, pakar penerbangan dan aerodinamik Simon Sanderson telah membina sebuah replika burung Saqqara lima kali ganda lebih besar daripada yang asal dan mengujinya di dalam terowong angin untuk melihat sebarang kemungkinan ianya boleh diterbangkan. 

Hasil ujian menunjukkan burung Saqqara adalah sangat aerodinamik dan merupakan satu alat mengelungsur angin yang sangat maju. Mereka juga mendapati rekabentuk ini adalah reka bentuk yang boleh dilihat pada semua kapal-kapal terbang moden pada masa ini.

Pendapat-pendapat para saintis lain seperti Phillip Coppens, Hancock dan Robert Bauval terhadap perkara ini dapat dilihat didalam dokumentari ancient astronauts episod 1 berjudul The Evidence terbitan History Channel.

Penemuan artifak-artifak purba di kawasan tamadun-tamadun purba ini membingungkan ramai saintis dan pengkaji. Ini adalah kerana artifak-artifak ini kebanyakannya berbentuk seperti peralatan dan kenderaan moden, yang tidak mungkin boleh dicipta atau digunakan pada masa berkenaan berdasarkan kepada kekangan teknologi, infrastruktur dan persekitaran kawasan tamadun berkenaan.

7000 km dari Mesir, di kawasan hutan tebal dan pergunungan Colombia ramai orang percaya bahawa disini terletaknya Legenda Bandar Emas El Dorado. 

Walaupun legenda bandar emas ini tidak pernah ditemukan, pada awal abad ke-20, para perompak makam (tomb-robbers) telah menjumpai satu makam purba berusia lebih 1,500 tahun dari tamadun pre-Columbian dikenali sebagai Tolima.

Antara artifak-artifak yang ditemui di makam berkenaan ialah beratus-ratus patung emas yang kecil bersaiz dua hingga tiga inci yang kebanyakan mengambarkan pelbagai jenis serangga.

Walau bagaimanapun, terdapat hampir sedozen dari artifak ini mempunyai bentuk-bentuk yang agak pelik. Pelik kerana artifak-artifak kecil ini kelihatan seperti pesawat udara moden. Artifak ini mempunyai sayap bentuk segi tiga, mempunyai ekor yang tegak, penstabil dan fiuslaj, dan begitu serupa dengan dengan pesawat moden. Bentuk asas sayap artifak ini juga kelihatan amat serupa dengan bentuk sayap untuk pesawat berkelajuan tinggi seperti kapal angkasa.

Pada tahun 1997, pakar-pakar penerbangan Jerman termasuk Algund Eenboom , Peter Belting dan Conrad Lübbers , telah membina satu replika skala model yang yang dilengkapi dengan gear pendaratan dan enjin. Menurut Eenboom “Ianya agak mudah, kerana kita tidak perlu meletakkan banyak bahagian kepada bentuk ini kerana bentuk ini adalah sempurna. Segala-galanya telah dilakukan oleh orang-orang purba 2,000 tahun yang lalu dan tidak perlu penambahan atau pengubahsuaian”. Dalam ujian yang mereka lakukan,mereka mendapati bahawa replika berkenaan benar-benar boleh terbang tanpa sebarang masalah.

Dua penemuan dari dua tempat yang berbeza menunjukkan kebolehan, kemampuan dan pengetahuan manusia purba terhadap pengetahuan ilmu penerbangan. Mungkinkah artifak-artifak ini dibuat secara tidak sengaja? Kebarangkaliannya agak jauh. Ini kerana pembuatan artifak ini jelas sekali menggunakan perkiraan matematik tertentu dan bukannya berdasarkan perkiraan yang random.

Selain dua artifak yang menunjukkan kebolehan orang zaman purba memahami kaedah-kaedah penerbangan, walaupun jika sebenarnya mereka tidak pernah terbang, ahli-ahli teori angkasawan purba (ancient astronauts) percaya tamadun-tamadun yang lalu memiliki teknologi yang sama maju, kalau pun tidak lebih maju dari teknologi pada masa sekarang.

Para pengkaji menunjukkan kepada beberapa mitos-mitos budaya yang menggambarkan orang langit yang datang ke bumi dalam naga bernafas api, atau mesin-mesin besi sebagai bukti lawatan ruang angkasa.

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...