Pages

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 6


Rujuk part 5

Ayat ini pula ditafsirkan adalah bahawa Nephilim adalah anak kepada “anak-anak tuhan” dan “anak-anak perempuan manusia”, walaupun para sarjana mereka tidak begitu pasti. The King James Version pula menggantikan istilah ” Nephilim” dengan “gergasi”.

Bahagian pertama dalam The book of Enoch mentafsir Genesis 6:1. Ia menjelaskan bahawa “anak-anak tuhan” terdiri dari kumpulan 200 “malaikat” yang dikenali sebagai “watchers“. Disebabkan melawan perintah tuhan, “watchers” ini dihantar ke Bumi untuk berkembang biak dengan manusia. Anak-anak mereka adalah Nephilim, “gergasi” yang “dimaksudkan sebagai manusia”. “Watchers” juga telah mengajar manusia dalam metalurgi dan kerja logam, kosmetik, sihir, astrologi, astronomi dan meteorologi. The Book of Enoch juga menerangkan bahawa “Watchers” sebagai “fallen angels“.


Fallen angel adalah konsep yang juga dibangunkan di dalam Jewish Mythology melalui tafsiran The Book of Enoch. Perkataan fallen angel ini sebenarnya tiada didalam Hebrew Bible ataupun New Testament. Orang Kristians mencedok konsep fallen angels berdasarkan pemahaman mereka terhadap Book of Revelation Bab 12. Fallen angels dikenalpasti sebagai the Watchers, ataupun malaikat yang dihumban ke bumi dalam peperangan di syurga di antara Malaikat dengan Syaitan.

Bercakap tentang tajuk di atas, pada akhir-akhir tahun kebelakangan ini terdapat banyak subliminal messages yang disampaikan melalui wayang-wayang gambar seperti Percy Jackson & The Olympians: The Lightning Thief, Clash of The Titans, dan The Immortal misalnya yang mengisahkan tentang kewujudan anak-anak tuhan ini. Ibu bapa muslimin diharap dapat memberi penerangan yang jelas terhadap anak-anak. Jangan harap sangat pada rating U, PG, PG-13 sahaja – sekadar peringatan.

Dalam Perjanjian Lama (Old Testament) Bible, bab 1 Buku Ezekiel menceritakan satu visi di mana Ezekiel melihat “awan yang besar” yang mengandungi api dan memancarkan kilat dan “cahaya yang cemerlang”. 

Pusat api seperti logam bercahaya, dan di dalam api adalah apa yang dilihat seperti empat makhluk hidup”. Makhluk-makhluk ini digambarkan sebagai bersayap dan seperti manusia (humanoid), mereka “memecut ke hadapan dan ke belakang seperti pancaran kilat” dan “api bergerak ke depan dan ke belakang di kalangan makhluk”.

Ayat seterusnya menggambarkan empat objek berkilat, masing-masing terdapat “seperti roda-roda bersilang”. Objek-objek ini boleh terbang dan mereka bergerak bersama makhluk didalamnya: “Apabila makhluk didalamnya bergerak, roda ini juga bergerak”.

Di dalam teks Book Of Ezekiel ini, Ezekiel melihat sesuatu yang begitu menakutkanya sehingga beliau jatuh melutut. Kemudian, dengan kemuliaan Tuhan, datang makhluk ini berpakaian berkilat yang kelihatan seperti logam, dan berkata kepada Ezekiel, “Baiklah, manusia, kami membawa anda di sini. Kami mahu anda membina bangunan ini.” Dan Ezekiel bertanya, “Baiklah, kenapa saya perlu melakukannya?” Dan makhluk tersebut berkata, “Itulah tujuannya kami membawa kamu ke sini”.

Dan kemudian di mukasurat 40, dalam bahagian kedua Buku Ezekiel, “dengan ukuran selepas pengukuran, selepas pengukuran. bangunan yang sangat besar ini, datang Tuhan dengan kemuliaan dan mendarat”.

Menurut Giorgio A. Tsoukalos “tuhan yang saya percaya tidak memerlukan kenderaan untuk bergerak dari titik A ke titik B. Apa sahaja yang dinyatakan di dalam Perjanjian Lama bukan Tuhan; dan ia makhluk asing yang telah disalah tafsir oleh nenek moyang kita sebagai suci dan luarbiasa. Dan mengapa? Kerana salah faham berkenaan teknologi. Dan itu adalah perkara asas yang terpakai kepada semua teori angkasawan purba”.

The Kebra Nagast adalah salah satu daripada teks yang paling penting yang tidak pernah ramai orang mendengar tentangnya. The Kebra Nagast bererti Buku Raja-raja (The Book of Kings), dan ia adalah buku atau teks yang paling suci Ethiopia. Di dalam teks ini Raja Sulaiman digambarkan mempunyai akses kepada beberapa jenis mesin terbang. Di bahagian itu dunia sebelah sini, istilah “karpet terbang” sentiasa digunakan secara umum. Adakah mereka benar-benar bermaksud karpet terbang itu sebenarnya permaidani terbang atau adakah ia satu lagi istilah yang menerangkan beberapa jenis mesin terbang?


PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...