Pages

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 3


Jika benar begitu bagaimana kaum-kaum lain yang turut dibinasakan oleh Allah akibat kelalaian mereka seperti Kaum Inca, Aztec, Mayan, Aksum (Axum), Bamiyan, Sumeria, Akkadian, Amorites, Assyrians, Babylonians, Chaldeans, Hittites, Kassites, Mesopotamia dan sebagainya? Kaum-kaum ini tidak terdapat di dalam Al Quran, tetapi kaum-kaum ini mempunyai tinggalan-tinggalan arkeologi yang masih dikaji oleh para saintis.

Bangunan-bangunan seperti Piramid, Puma Punku, Serapeum, Meso-american Pyramids, Baalbek, dan Machu Picchu masih lagi wujud dan menjadi misteri di kalangan arkeologis.



Bangunan- bangunan ini di dalamnya tertulis maklumat-maklumat manusia zaman dahulu yang kebanyakannya tercatat dalam bentuk simbol-simbol purba, seperti Hieroglyphs, dan Hieratic oleh Mesir Purba dan Puak Mayan, Piktograms dan Cuneiform oleh Mesopotamia, Aztec dan Mixtec serta abjad Phoenicians oleh Kaum Phoenician yang kebanyakkannya menjadi asas kepada huruf serta abjad yang digunakan pada hari ini.

Ramai pengkaji barat mempunyai teori dan percaya bahawa makhluk-makhluk asing yang lebih maju dari dunia lain telah melawat manusia sejak zaman dahulu lagi. Makhluk-makhluk asing ini kemudiannya telah berkongsi ilmu pengetahuan sains dan teknologi yang mereka ada seperti astronomi, konsep-konsep kejuruteraan dan ilmu matematik dengan manusia. Para pengkaji barat percaya bahawa ilmu-ilmu ini telah dijadikan asas bagi perkembangan agama dan budaya manusia-manusia zaman purba.

Melalui pengetahuan seperti ini, manusia zaman purba berjaya membina monumen dan tugu-tugu lama seperti garisan Nazca, Piramid Giza, patung-patung Pulau Easter, Pyramid of Khafre, Pyramid of Menkaure, Meso-american Pyramids, Colossus of Rhodes, Hanging Gardens of Babylon, Machu Picchu, Tample of Baalbek dan lain-lain. Adakah ini benar? Adakah terdapat petunjuk-petunjuk yang boleh membuktikan perhubungan berkenaan.

Pertembungan dan perhubungan di antara dua bangsa besar berbeza dunia secara kronologi dapat dilihat melalui siri History channel bermula dari “Ancient Aliens: Chariots, Gods & Beyond”, “The Evidence”, “The Visitors”, “The Mission”, “Closer Encounters” dan “The Return“. Siri ini ada di tayangkan di History Channel oleh Astro satu masa dulu, dan siri ini boleh juga di tonton di History Channel: Ancient-aliens, di Youtube UFO – Ancient Aliens The Mission (Full Movie ( 2010) dan Top Documentary Films.

Menurut pandangan Dr. Algund Eenboom, beliau percaya bahawa terdapat makhluk asing yang memberi dan berkongsi pengetahuan dan teknologi saintifik dengan manusia-manusia di bumi pada zaman dahulu. Pandangan beliau adalah berasaskan kepada penemuan artifak –artifak purba yang mempunyai “ciri-ciri teknologi“ yang sama fungsinya dengan peralatan-peralatan zaman moden yang ada sekarang.

Selain itu semakin banyak bangunan-bangunan purba ditemui yang hampir kesemuanya mempunyai maklumat yang berkaitan dengan kehadiran makhluk-makhluk asing di bumi ini pada suatu masa dahulu.

Pandangan ini turut di kongsi bersama ramai pengkaji dan saintis seperti Dr. Uwe Apel, Dr. Steven M. Greer, Robert Bauval, Christoper Dunn, Giorgio A.Tsoukalos, Phillip Coppens, Hancock, Bill Birnes, Robert Frisbee, Michael Cremo, David Childress, Peter Palutikof dan segala macam mak nenek pengkaji yang menjalankan kajian dalam bidang ini.

Beberapa penulis barat dalam buku mereka menyatakan bahawa makhluk asing telah melawat bumi sejak zaman purbakala atau prasejarah dan telah berhubung dengan manusia. Mereka berpendapat bahawa hubungan ini mempengaruhi perkembangan budaya, teknologi, manusia dan agama.

Mereka juga berpendapat dari perhubungan ini mula wujud idea-idea “dewa-dewa” dari langit yang banyak ditulis dalam manuskrip-manuskrip agama purba. Pelawat-pelawat asing sedemikian itu dipanggil sebagai angkasawan purba (Ancient Astronauts) atau makhluk asing purba.

Cadangan-cadangan ini telah dipopularkan, terutamanya dalam separuh kedua abad ke-20, oleh penulis-penulis seperti Erich von Däniken, Zecharia Sitchin, Robert KG Temple, David Icke dan Kolosimo Peter, tetapi idea kehadiran angkasawan purba (ancient astronauts) ini membawa kepada perubahan dan perkembangan agama sebenarnya tidak diambil serius oleh kebanyakan ahli akademik, dan tidak mendapat tempat atau hanya sedikit sahaja yang telah dikaji secara serius oleh beberapa pengkaji.

Erich von Däniken dalam bukunya Chariots of the Gods berpendapat artifak-artifak purba sepert Stonehenge, Puma Punku, Moai Easter Island, Piramid Agung Giza, bateri elektrik Baghdad purba telah dibina sama ada secara langsung oleh pelawat-pelawat angkasa atau oleh manusia yang belajar dari para pelawat ini.

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...