Pages

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 2


Mengapakah ini berlaku? Mengapakah benda-benda pelik seperti UFO ini begitu banyak muncul atau hanya muncul di negara-negara barat dan negara-negara bukan Islam? Adakah kerana teknologi barat lebih maju menyebabkan mudah untuk mengesan kehadiran mereka. Benarkah begitu? Adakah mereka ini dikirim sebahagian dari peringatan-peringatan dari Allah kepada manusia-manusia yang lupa dan lalai?

Persoalan tentang alam ghaib tidak perlu diragukan oleh para muslimin. Persoalan ghaib seperti syurga neraka, dosa-pahala, hari kiamat itu sememangnya telah dijelaskan oleh Allah dan Nabi Muhamad S.A.W. Walaupun perkara tersebut di luar imaginasi atau batas pemikiran minda manusia, sebagai orang islam, hukumnya WAJIB untuk kita mempercayainya.

Firman Allah surah Al Baqarah ayat 2 hingga 3:

Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; Iaitu orang-orang yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, dan mendirikan (mengerjakan) sembahyang serta membelanjakan (mendermakan) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.

Pokok persoalan kembali lagi. Adakah perkara berkenaan makhluk asing atau Alien dan UFO ini ada di dalam Al Quran, dan adakah wajib kita mempercayainya? Jawapannya masih sama iaitu tiada penjelasan yang terang. Namun jika para pembaca di sini terus mengikuti artikel-artikel yang dikemukakan, para pembaca akan mendapati bahawa Al Quran ada bercerita tentang perkara ini, melalui sudut yang berbeza.

Maha Suci Allah,percayalah keterangan itu ada di dalam Al Quran. Ini adalah sesuatu yang menarik untuk dikaji.

Firman Allah surahAl-Jinn ayat 1:

Katakanlah (wahai Muhammad): “Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

Subhanallah… Di dalam Al Quran, terdapat firman Allah yang boleh dijadikan sebagai rasional untuk umat islam mendalami penyelidikan ini.

Firman Allah surah Al’Hajj ayat 46:

Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya – dengan melihat kesan-kesan yang tersebut – mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami, atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.

Ayat Al Quran ini menjelaskan kepada semua umat manusia betapa perlunya manusia sebagai makhluk Allah mengembara ke seluruh muka bumi melihat sendiri, mendengar dan memahami apa sebenarnya yang berlaku di atas muka bumi ini.

Sebahagian muslimin mungkin berhujah bahawa ayat-ayat ini hanya ditujukan kepada kaum-kaum tertentu yang telah dinyatakan didalam Al Quran seperti Kaum Tsamud, Kaum Ad, Kaum Saba, penduduk Aikah, Kaum Madyan dan beberapa kaum lain. Benarkah begitu?

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...