Tajuk di atas…. satu persoalan yang menarik (atau menakutkan?) untuk diteliti, boleh diperbincangkan dan diperdebatkan. Takut apa? Takut akidah terpesong? Takut apa orang kata? Takut kepada apa yang bakal difahami? Takut membuang masa kalau difikirkan?
Kalau takut tak payah pikir ler.
Ini kerana apabila satu soalan itu diutarakan dan cuba untuk dijawab, akan timbul lain-lain persoalan dalam minda kita. Kalau tak percaya… teruskan pembacaan artikel ini… sedarilah kesannya. Berkecamuk fikiran kita, pening memikirkan apa yang kita pernah belajar di sekolah dahulu adalah palsu?
Persoalan-persoalan yang muncul kadang kala menyebabkan perbincangan hilang fokus . Inilah yang berlaku dalam setiap artikel yang ditulis tentang hal ini. Oleh itu artikel ini hanya cuba menjawab persoalan yang diutarakan dalam artikel ini sahaja. Lain-lain persoalan akan cuba dihuraikan di dalam perbincangan artikel yang lain pulak.
Dari surah Al-i-Imran, ayat 7 Allah berfirman:
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran.
Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.
Hari demi hari semakin banyak dalil2 aqli (dalil2 secara hukum akal) yang muncul dari segenap penjuru dunia, namun masih lagi tiada saintis, pengkaji dan penyelidik yang cuba memperolehi jawapan dari sudut pandangan Islam.
Kadang kala kekhuatiran muncul disebabkan sesetengah kajian dan penemuan mereka diselang selikan dengan pandangan agama mereka sendiri sehingga boleh menjejaskan akidah dan pegangan orang2 Islam. Oleh itu timbul minat yang mendalam untuk cuba2 mencari jawapannya dari sudut pandangan dan ilmu Islam.
Persoalan-persoalan berkenaan adakah makhluk asing dan UFO ini membantu memperkembangkan tamadun dan kebudayaan manusia masih lagi menimbulkan kesangsian. Adakah telah terjawab? Jika sudah terjawab mengapakah terlalu amat sedikit maklumat yang disalurkan kepada pihak umum?
