Pages

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 10


Menurut David Childress “Pada pendapat saya, legenda dan mitos-mitos berdasarkan sesuatu yang sebenarnya berlaku. Dan sementara mereka telah “memitoskan” dan memperbesar-besarkan cerita dalam banyak kes, dalam fikiran saya, terdapat beberapa perkara yang benar di sini bahawa orang-orang pada zaman purba benar-benar terbang dalam kapal udara seperti yang kita lakukan pada hari ini”.

Tetapi mungkinkah kapal angkasa mereka telah sampai ke Bumi menggunakan sistem pendorongan (propulsion)? Persoalan ini membawa ke benua kecil India. India dianggap sebagai salah satu tamadun tertua dengan rekod penempatan sejak lebih 1,1000 tahun dahulu. Ia juga rumah kepada beberapa rekod tertua teknologi purba.

Teks purba Sanskrit, sejak sejauh 6000 SM, menerangkan secara detail terhadap sebuah mesin terbang yang dipanggil “Vimanas”.

Menurut Eenboom, Vimanas adalah mesin terbang, dan dikuasakan oleh suatu enjin sesetengahnya seperti enjin jet. Ini seolah-olah benar kerana semua perihal tingkah laku penerbangan: “gajah yang melarikan diri dalam keadaan panik”. Rumput bagaikan telah dibuang dan tercabut kerana ada banyak tekanan dari belakang Vimanas, yang menerangkan keadaan yang berlaku sewaktu penerbangan dimulakan.
Menurut David Childress Sains Aeronautik, (Vymaanika-Shaastra) bercerita tentang masuk ke dalam mesin terbang yang diperbuat dari logam, tentang tenaga elektrik, sumber kuasa mesin terbang ini diperolehi dari mesin yang di panggil gyroscope, juruterbang dan pakaian yang mereka perlu pakai, makanan yang mereka makan, tentang senjata-senjata yang disimpan di atas mesin terbang dan juga sistem pendorongan mesin terbang yang berasaskan gabungan gyroscopes, elektrik, dan raksa.

Menurut Dr. Eenboom lagi… “Manual penerbangan Vimanas agak serupa dengan manual penerbangan dalam setiap kapal terbang moden”.

Michael Cremo pula berkata, “Kami juga mendapat tahu bahawa Vimanas boleh dikawal menggunakan minda”, iaitu satu teknologi moden yang sedang dibangunkan oleh manusia pada hari ini untuk mengawal kapal terbang.

Walaupun sejarah arus perdana percaya teks Sains Aeronautik, (Vymaanika-Shaastra) adalah mitos, namun dokumen ini banyak mengandungi petikan-petikan yang secara jelas menggambarkan jentera dan teknologi moden itu sememangnya wujud pada masa tersebut. Dari teks berkenaan dapat disimpulkan bahawa pengarang teks ini berpengalaman menaiki mesin tersebut dan merekodkan sebegitu banyak maklumat berkenaan mesin ini.

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...