Pages

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 8


Selain dari penemuan-penemuan di atas, terdapat juga pelbagai teks sejarah lain dipetik sebagai bukti dan keterangan, contohnya seperti pada abad ke-13 , didalam “Otia Imperialia” buku yang menceritakan tentang sebuah kejadian di Bristol, England mengisahkan kehadiran UFO, dan juga buku log Christopher Columbus yang merekodkan kapal angkasa berbentuk cerut yang dilihat di seluruh Eropah pada zaman Wabak Hitam (Black Plague).

Selain dari manuskrip dan kitab-kitab agama yang merekodkan perhubungan diantara manusia dan makhluk asing, berikut adalah beberapa tinggalan yang dikemukakan sebagai bukti bagi membuktikan bahawa perhubungan di antara manusia purba dan makhluk asing pernah benar-benar berlaku.

Bukti-bukti lain kewujudan angkasawan purba (ancient astronaut) telah ditemukan pada lukisan didalam sebuah gua Palaeolithic (26 juta tahun dahulu) di Wondjina, Australia dan Val Camonica, Itali .


Pada lukisan ini terdapat gambar yang menunjukkan seorang angkasawan yang lengkap berpakaian seperti angkasawan zaman moden yang memakai sesuatu di kepala berbentuk kubah, yang ditafsirkan sebagai makhluk yang memakai topi keledar angkasa, sama seperti angkasawan zaman moden sekarang.

Lebih banyak bukti-bukti dikemukakan seperti lukisan-lukisan zaman kebangkitan dan pertengahan yang mempunyai bentuk-bentuk yang menyerupai piring terbang digunakan untuk menyokong teori angkasawan purba dengan cuba untuk menunjukkan bahawa pencipta manusia sentiasa pulang ke bumi untuk memeriksa ciptaan mereka dari masa ke semasa.

Nazca lines terdiri daripada beratus-ratus lukisan besar yang terukir di dalam padang pasir tanah tinggi Peru. Garisan ini mempunyai bentuk-bentuk geometri, yang mengandungi pelbagai imej seperti haiwan dan sekurang-kurangnya satu lakaran manusia. Ramai penyokong angkasawan purba menyebut garis-garis Nazca adalah bukti nyata kerana lakaran yang dihasilkan oleh garis-garis tersebut hanya dapat dilihat dari udara.

Profesor Joe Nickell dari University of Kentucky, percaya untuk membina garisan yang membentuk lakaran berkenaan seseorang itu perlu menggunakan teknologi yang tinggi bagi membolehkan garisan-garisan seperti itu dibina dengan darjah ketepatan yang munasabah.

Seterusnya kajian dibuat ke atas artifak-artifak purba. Walaupun penemuan beberapa artifak ini ditafsirkan oleh ahli arkeologi sebagai mewakili bentuk-bentuk makhluk yang terdapat dibumi seperti burung dan serangga, namun tafsiran tersebut disanggah dengan pelbagai penemuan artifak-artifak purba yang amat menakjubkan.

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...