Pages

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 1


Tajuk di atas…. satu persoalan yang menarik (atau menakutkan?) untuk diteliti, boleh diperbincangkan dan diperdebatkan. Takut apa? Takut akidah terpesong? Takut apa orang kata? Takut kepada apa yang bakal difahami? Takut membuang masa kalau difikirkan?

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 10


Menyambung daripada Part 9… rasanya elok kalau kita tidak tergesa2 terus masuk kepada penerangan tentang “dark matter” dan “dark energy” ini. Lagipun, apa yang akan dipaparkan di dalam posting ini adalah bukan maklumat yang mengikut arus perdana (mainstream) seperti yang biasa didapati di internet atau mana2 buku2 terbitan NASA dan badan2 yang memegang “authority” ketika ini. Maka penerangan “step-by-step” diperlukan. Bukan apa… supaya tidak tersalah tafsir. Nanti mungkin ada pula yang menuduh penulis menyebarkan buah fikiran sesat pulak.

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 9


Diam tak diam, telah sampai masanya kita untuk melihat pula pulau ketujuh di dalam Segitiga Bermuda. Sedikit peringatan untuk para pembaca yang dihormati sekalian; Bermula daripada pulau ketujuh (yakni Part 9) ini nanti, segala kisah2 dan maklumat2 yang dikongsikan akan menjadi amat2 pelik dan amat2 tidak pernah didengar. Ianya akan amat2 menyakitkan hati sekiranya anda seorang yang benar2 berpegang teguh kepada “skeptism” dan benar2 bersikap tegar kepada hanya apa yang boleh diterjemahkan oleh 5 deria anda.

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 8


Part 8 saya mulakan dengan sedikit petikan daripada sebuah kitab tauhid yang saya baca suatu masa yang agak lama dahulu. Tajuk kitab? Entah, tak tau la pulak sebab kulit atau “cover” kitab ni telah dikoyakkan. Kitab ni rasanya memang kena “banned” kat Malaysia. Diorang dok cerita kat saya, macam tu la caranya kalau nak bawak masuk buku2 dan kitab2 yang kena “banned”. Koyak jer “cover” kitab tu. Maka, kalau tak tau tajuk kitab, kastam ngan imigresen pun malas nak check isi buku2 atau kitab2 ni. Kalau ada tajuk, pastu tajuknya mencurigakan pula, geng2 kastam atau imigresen mungkin timbul rasa syak.

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 7


Di dalam posting Part 6 yang lalu anda telah dihidangkan tentang beberapa perkara yang jarang diperkatakan di kalangan orang2 biasa iaitu ilmu2 Hizib, konsep saling memerlukan di antara “ada” dan “tiada” untuk membentuk kewujudan serta eksperimen mental bagi membayangkan sejauh mana kita memerlukan deria penglihatan dan pendengaran kita di dalam memahami makna tentang sesuatu itu.

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 6


Di dalam Segitiga Bermuda, penghuni pulau kelimanya ialah musuh ketat penghuni pulau keempat yang telah diceritakan sebelum ini. Ini kerana penghuni pulau kelima ini adalah pengamal ilmu2 Hizib secara tegar atau “hardcore”. Ilmu2 Hizib? Apa mender pulak la ilmu2 Hizib ni? Bagi yang pernah mendengarnya apatah lagi yang maklum tentangnya tentulah tidak merasa pelik.

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 5


Untuk bercerita tentang pulau keempat ini, rasanya saya perlu terlebih dahulu berkongsi secara ringkas kisah tentang Annunaki. Pernahkah anda membaca atau mendengar tentang Annunaki ini?

Memang ada banyak sekali versi tentang cerita Annunaki. Walaupun demikian, rata2 nya semua versi ini bersependapat tentang perkara2 berikut:

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 4


Dua pulau yang terdahulu agak mudah untuk dikongsikan ceritanya… boleh dikatakan “straight forward” manakala pulau2 yang berikutnya (ada lagi 7 buah pulau belum cerita lagi), “complicated” sikit. Namun begitu, insyaAllah dapatlah kita dipermudahkan memahami cerita pulau2 ini.

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 3


Pulau berikutnya ialah pulau yang diduduki oleh sejenis makhluk yang mungkin jarang sekali kita akan terfikir kewujudannya. Makhluk ini ialah tumbuhan yang berakal, mukallaf, boleh bergerak-geri dan boleh pula berkata2. Trademark makhluk ini ialah amat berlawanan dengan manusia. Kalau manusia terkenal dengan sikap tergesa-gesanya, makhluk ini pula sangat2 tidak tergesa-gesa. Contohnya, apabila makhluk ini berbual, mereka hanya akan mengeluarkan satu ayat sahaja dalam sehari. Selebihnya masa di dalam hari tersebut digunakan untuk berfikir apa ayat seterusnya yang akan dikeluarkan. Tentang pergerakan pula, mereka mampu bergerak-geri dengan pantas. Akan tetapi, sekiranya tiada keperluan mereka hanya bergerak perlahan2 atau tidak bergerak langsung.

HIMPUNAN CERITA(GILA?) TENTANG SEGITIGA BERMUDA 2


Marilah kita lihat pulau yang pertama dahulu yakni pulau penempatan jin.

Bertentangan dengan sifat jin, pulau yang dihuni oleh mereka ini amat dingin. Pulau ini menjadi dingin kerana bangsa jin di sini dengan ilmu mereka telah menaikkan tanah yang kaya dengan sebatian kaca, perak, tanah liat dan batu zamrud. Kemudian mereka mendatangkan hawa dingin yang dapat ditampung oleh bahan2 tanah pulau ini.

PERTEMBUNGAN MANUSIA DENGAN MAKHLUK LAIN? PART 11

Pada masa sekarang, manusia telah mencipta pelbagai mesin dan alatan gergasi untuk digunakan bagi menggali, memotong, dan mengangkat batu.  ...